Quantcast
Channel: Terengganu Today » Jenayah
Viewing all 389 articles
Browse latest View live

Remaja perempuan 18 tahun didera hingga mati

$
0
0
Mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan di ICU di Hospital Langkawi.

Mangsa meninggal dunia selepas dimasukkan di ICU di Hospital Langkawi.

Remaja perempuan berusia 18 tahun yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi sejak kelmarin, dipercayai menjadi mangsa dera keluarga angkatnya, meninggal dunia malam tadi.

Remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam selepas lebih sehari dimasukkan ke hospital kira-kira jam 4 petang kelmarin, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya kelmarin, doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh remaja itu.

Berikutan itu, pihak hospital membuat laporan polis kerana beberapa bahagian tubuh mangsa mempunyai kesan lebam, luka dan kesan penderaan lain.

Difahamkan, kecederaan teruk itu mengakibatkan mangsa koma kerana dipercayai turut mengalami pendarahan dalaman kepala. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan pihaknya sudah menahan pasangan suami isteri berusia 36 dan 43 tahun antara jam 7 malam kelmarin hingga 1 pagi semalam, dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

Terdapat lebam-lebam pada badan mangsa dan dipercayai didera.

Terdapat lebam-lebam pada badan mangsa dipercayai didera.

Menurutnya, kejadian hanya diketahui selepas pihak hospital menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi memaklumkan mengenai kecederaan mangsa. “Berdasarkan keterangan pihak hospital, mangsa mempunyai beberapa kesan penderaan di badan, muka, kedua-dua belah tangan dan kaki.

Mangsa kini dirawat di ICU hospital berkenaan. “Kami sudah menahan pasangan suami isteri yang juga keluarga angkat kepada mangsa kerana kami percaya mereka mungkin mempunyai kaitan dengan kejadian seperti keterangan daripada pihak hospital,” katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Nashir berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa tinggal bersama keluarga angkatnya itu yang juga pengusaha restoran di Langkawi sejak berusia empat tahun. Katanya, mangsa dipercayai dihantar individu tidak dikenali ke hospital untuk rawatan dan polis sedang mengesannya. Berikutan itu polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.-hm


Penyamun Pedang Samurai serbu kedai 24 jam

$
0
0
samurai

Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang berjaket hitam sedang mengacukan pedang samurai ke perut mangsa manakala seorang lagi memasukkan cerut dan rokok ke dalam beg ketika berada dalam kaunter juruwang dalam kejadian di Kemaman.

CHUKAI – Dua hari selepas kedai serbaneka 24 jam di Geliga dirompak, kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sulaimani pula disamun apabila dua pekerja kedai itu diacu dengan sebilah pedang samurai sepanjang 45 sentimeter di perut oleh dua lelaki bertopi keledar putih bercermin gelap, Sabtu lalu.

Rompakan pada jam 6.15 pagi itu berlaku dalam tempoh hanya 51 saat dengan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM181.70 dan sejumlah cerut serta rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM400.

Mangsa yang ketika itu berada di kaunter juruwang, Fatin Shahiza Sabri, 22, berkata, akibat terlalu trauma dengan kejadian itu, dia bermimpi mengenai kejadian samun itu beberapa kali ketika tidur.

“Tidur saya terganggu dan banyak kali bermimpi diacu pedang samurai sepanjang 60 sentimeter seperti yang diacu suspek ke perut saya. Saya benar-benar takut.

“Ketika kejadian itu terjadi, saya dan seorang lagi rakan, Nor Hawa Mohd Talib, 21, sedang mengira stok dan secara tiba-tiba masuk seorang lelaki bertopi keledar menuju ke arah rak makanan dan beberapa saat kemudian masuk lagi seorang lelaki juga bertopi keledar serta menggalas beg yang meluru ke depan saya sambil menghunus pedang samurai,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, lelaki di hadapannya itu kemudian mengarahkan dia mengeluarkan duit dan memasukkan ke dalam beg galas yang dibawa sementara seorang lagi lelaki yang lebih awal masuk pantas menuju ke dalam kaunter lalu mengambil sejumlah cerut dan rokok pelbagai jenama.

“Sebaik dia arahkan saya memasukkan duit, saya hanya membuka mesin juruwang dan menyuruhnya mengambil sendiri kerana terlampau ketakutan. Dia juga arahkan saya keluarkan barangan kemas dan telefon bimbit tapi saya suruh dia ambil sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, apabila terdapat pelanggan lain mahu masuk ke dalam premis itu kedua-dua suspek segera keluar dan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave menuju ke arah Jalan Jakar.

Katanya, suspek yang menghunus pedang samurai yang bertubuh kurus, berkulit gelap dan setinggi kira-kira 5 kaki 3 inci memakai jaket hitam dengan di bahu kanan terdapat angka sementara rakannya yang berketinggian kira-kira 5 kaki dan berkulit cerah pula memakai berseluar pendek dan memakai baju t.

“Suspek yang berkulit putih berbadan tegap dengan rambut mempunyai ekor di bahagian belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua mangsa gagal mengecam muka kerana suspek memakai topi keledar justeru rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan polis kini giat memburu kedua-dua suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat diharap dapat tampil membantu siasatan,” katanya.

Sinar Harian

Sanggup di samun, dipukul dari hilang maruah dara anak

$
0
0

Bagan Serai: “Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,” kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu.

Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran.

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.

MOHD Ishak cedera teruk selepas dibelasah.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.

MyMetro

Gempar! Pelajar sekolah agama 15 tahun dakwa dirogol atas meja dalam kelas

$
0
0
Pelajar sekolah mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks di tempat yang sama.

Pelajar sekolah mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks di tempat yang sama.

Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di sini berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya di sebuah bilik darjah di sekolah tersebut pada 24 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah bilik darjah yang tidak digunakan.

Dalam pertemuan tersebut, teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama dan sebaya kemudian mengajak melakukan hubungan seks di atas meja.

Kejadian itu kemudian terbongkar dan diketahui keluarga mangsa lalu ibunya yang merupakan suri rumah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam (IPD) pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menghantar SMS kepada teman lelakinya menyatakan kebimbangan mungkin dia mengandung kerana tidak didatangi haid sejak hari kejadian.

Mangsa dakwa dirogol teman lelaki di atas meja dalam kelas.

Mangsa dakwa dirogol teman lelaki di atas meja dalam kelas.

“Teman lelaki mangsa yang panik dengan SMS itu kemudian telah menghantar SMS kepada tunang bapa saudara mangsa bagi meminta pandangan serta bantuan.

“Menyedari perbuatan itu serius dan tidak bermoral, wanita tersebut memberikan SMS kepada bapa saudara mangsa yang kemudian memaklumkan kepada ibu pelajar terbabit,” katanya di sini hari ini.

Noor Mushar berkata, mangsa dikatakan mengenali suspek sejak tiga tahun lalu dan mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks bersama suspek yang kesemuanya dilakukan di tempat sama.

“Kejadian masih disiasat dan tangkapan terhadap suspek masih belum dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.-utusan

Suspek bunuh pegawai AmBank didakwa di mahkamah

$
0
0
La Ode Ardi Rasila yang sebelum ini menggunakan nama Ardi Hmaza dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

La Ode Ardi Rasila yang sebelum ini menggunakan nama Ardi Hmaza dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

Seorang pengawal keselamatan warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan melepaskan tembakan terhadap pegawai AmBank di Subang Jaya, Norazita Abu Talib, semasa melakukan rompakan tiga minggu lalu.

La Ode Ardi Rasila, 36, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 37 tahun itu di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober lalu.

Bagi pertuduhan membunuh, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan ‘pump gun’ dengan niat untuk menyebabkan kematian kepada mangsa, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati walaupun tiada sebarang kecederaan dilakukan.

La Ode hanya mengangguk kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan itu. Ketika pertuduhan dibacakan, lelaki yang memakai bahu T berwarna hitam itu dilihat tenang.

Majistret K. B. Elena Hong Tze Lan juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan serta-merta kedua-dua pertuduhan terhadap lelaki itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Tertuduh yang berasal dari Sulawesi, Indonesia itu juga tidak dibenarkan diikat jamin kerana pertuduhan terhadapnya melibatkan hukuman mati.

Lokasi kejadian bunuh dan tembak di AmBank Subang Jaya pada 24 Oktober lalu.

Lokasi kejadian bunuh dan tembak di AmBank Subang Jaya pada 24 Oktober lalu.

Di mahkamah yang sama, rakan senegaranya Lapolo Lariala, 28, dihukum penjara dua tahun dan sebatan dua kali selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai sesuatu kesalahan bagi mengelakkan La Ode daripada seksaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pondok pengawal Cosway Malaysia (M) Sdn. Bhd. Wisma Kok, lot 766, Jalan Subang 4, Persiaran Subang, Subang Jaya, kira-kira pukul 4.30 petang, 24 Oktober lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azari Harun dan Mohd. Asyraf Md. Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara di Mahkamah Sesyen di sini, Lapolo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki wang tunai RM21,800 milik AmBank Bhd. iaitu harta hasil rompakan bank tersebut pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Hakim Yasmin Abdul Razak tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menetapkan 19 Disember untuk sebutan semula kes.

Dalam kejadian pada 23 Oktober lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November lalu, polis dalam satu operasi khas, polis menerusi pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Mengikut laporan akhbar, tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan itu.

Polis turut menemui senjata api jenis ‘pump gun’ yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki itu.-utusan

Lelaki dipenjara tujuh bulan ugut ibu guna parang

$
0
0
Suspek didakwa mengacu parang kepada ibunya.

Suspek didakwa mengacu parang kepada ibunya.

Seorang anak dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas mengaku bersalah mengugut dan mengacukan parang terhadap ibunya bagai mendapatkan RM500, pada Ogos lalu.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Sufian Roslan, 21, dari Kampung Losong Dato’ Amar dekat sini.

Muhammad Sufian dituduh melakukan kesalahan itu terhadap ibunya, Zaleha M Hussin, 47, dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas di sebuah rumah di depan kedai makan di Kampung Losong Dato’ Amar dekat sini, kira-kira jam 1 tengah hari, pada 15 Ogos lalu.

Kejadian berlaku di Kampung Losong.

Kejadian berlaku di Kampung Losong.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang bekerja di kedai makan itu didatangi Muhammad Sufian yang membawa sebilah parang panjang sebelum meminta RM500 daripada mangsa.-bh

(Gambar & Video) Polis lancar Unit Elit Stafoc, perangi jenayah terancang

$
0
0

Unit elit polis yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang (Stafoc) diperkenalkan secara rasmi pada Khamis dan akan berkuatkuasa 1 Januari depan untuk menangani kes-kes jenayah dan membanteras masalah berkaitan dadah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan anggota Pasukan Elit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di PULAPOL.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersalaman dengan anggota Pasukan Elit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di PULAPOL.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Stafoc bersifat ‘multi tasking’ dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

“Pasukan ini dianggotai 400 orang yang dilatih khusus dengan pengendalian senjata tertentu dan taktik mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan unit itu di Kompleks Latihan Tektikal Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Khamis.

Beliau berkata Stafoc diketuai oleh pegawai kanan berpangkat DCP dan anggotanya akan dilatih oleh dua pasukan komando polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69.

stafoc1 polis2

Unit elit polis yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang (Stafoc).

stafoc1 polis4 stafoc1 polis3 stafoc1 polis5 stafoc1 polis1

“Dalam keadaan tertentu, mereka boleh dikerah untuk menyelamat mangsa-mangsa culik,” katanya.

Mengenai kompleks latihan itu, Khalid berkata ia adalah pusat simulasi yang digunakan polis untuk melatih anggotanya dengan pelbagai bentuk keadaan.

Ditanya berhubung kehilangan 565,157 keping kad pengenalan yang direkod sehingga 1 Oktober lepas, Khalid berkata perkara itu boleh menjadi ancaman kepada keselamatan awam kerana ia mungkin dapat dipalsukan jika ditemui warga asing yang kemudiannya bergerak bebas menggunakan kad itu di negara ini.

“Jadi untuk itu, saya telah mengarahkan anggota saya supaya lebih berhati-hati ketika memeriksa kad pengenalan dan balai-balai polis juga dibekalkan dengan ‘card reader’ khas untuk kami mengesahkan sama ada kad pengenalan itu tulen atau palsu,” katanya.

Semalam pada persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan pendatang tanpa izin.-bernama,gambar fb PDRM

Gadis merajuk lari dari rumah selepas telefon dirampas oleh ibu

$
0
0
Remaja berusia 16 tahun itu dilihat menaiki motor bersama seoarang lelaki diTerminat Seremban.

Remaja berusia 16 tahun itu dilihat menaiki motor bersama seorang lelaki di Terminat Seremban.

Angkara berang telefon bimbit dirampas ibunya, seorang gadis berusia 16 tahun melarikan diri sejak Khamis lalu, dipercayai mengikut kenalan lelaki.

Ibunya, Rozetah A Latif, 45, berkata, kali terakhir dia melihat Nur Yusra Amira Zulkhairimi, 16, Rabu lalu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum anak sulungnya melarikan diri dari rumah keesokkannya.

Menurutnya, gadis yang dikenali sebagai Mira itu lari pada jam 10 pagi selepas memecahkan pintu pagar besi ketika ibu dan ayahnya keluar bekerja.

“Pagi Khamis lalu saya dan suami tiada di rumah kerana bekerja, bagaimanapun sebaik pulang anak kedua memberitahu Mira sudah lari dari rumah.

Gadis berkenaan merajuk selepas telefonnya dirampas oleh ibunya selepas berlaku pertengkaran.

Gadis berkenaan merajuk selepas telefon bimbit dirampas oleh ibunya selepas berlaku perselisihan faham.

“Kami mencarinya di merata tempat, namun gagal sebelum bertanya dengan teman lelaki anak, tetapi dia tidak tahu di mana Mira berada,” katanya di sini.

Rozetah berkata, seorang rakan di tempat kerja anaknya memberitahu ada ternampak Mira mengikut seorang lelaki yang datang menjemputnya menaiki motosikal di perhentian teksi di Terminal One, Jumaat lalu.

Katanya, anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang suka bergaul dan gemar keluar dengan lelaki yang baru dikenali.

“Sudah seminggu Mira menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita dan laporan dibuat di Balai Polis Sikamat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Mira boleh menghubungi saya di talian 017-2261170 atau Zulkhairimi (ayah) di talian 012-9417433,” katanya.-hm


Model wanita dibunuh kejam, mayat dicampak dalam longkang

$
0
0
Anggota polis menyiasat mayat wanita dipercayai dibunuh serta ditinggalkan di tepi jalan di Taman Seruling Jaya Labu, kelmarin. (Gambar kecil) Hui Min.

Anggota polis menyiasat mayat wanita dipercayai dibunuh serta ditinggalkan di tepi jalan di Taman Seruling Jaya Labu, kelmarin. (Gambar kecil) Hui Min.

Identiti mayat wanita yang ditemui mati dibunuh sebelum dicampak dalam longkang di Taman Seruling Jaya, Labu, dekat sini kelmarin, dikenal pasti sebagai peragawati sambilan di ibu kota.

Mangsa, Cheok Hui Min, 22, berasal dari Ampang, Kuala Lumpur juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik anjuran sebuah akhbar berbahasa Cina awal tahun ini.

Katanya, selepas bercerai, anaknya tinggal bersama bekas isterinya di Ampang, manakala dia kini tinggal di Lukut, Port Dickson.

“Polis menghubungi saya kelmarin, memaklumkan penemuan mayat anak dan saya bergegas ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS). Saya percaya anak saya dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dalam longkang.

“Ini kerana polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, malah dompetnya juga hilang,” katanya di sini, semalam.

Pihak polis menyiasat di lokasi kejadian model dibunuh.

Pihak polis menyiasat di lokasi kejadian model dibunuh.

Lelaki berusia 50-an itu bagaimanapun percaya, polis akan dapat menahan penjenayah berkenaan dalam masa terdekat dan yakin dapat menyelesaikan kes itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, mayat mangsa dalam longkang di tepi jalan ditemui sepasang suami isteri yang melakukan riadah pagi di sekitar kawasan itu.

Mangsa mungkin dicekik sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan kesan lebam di leher dan luka di bahagian badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menunggu laporan bedah siasat dan akan mengetahui sebab kematian dalam tempoh terdekat.-bh

Warga emas 70 tahun tergamak rogol wanita OKU

$
0
0
Mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan.

Mangsa dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

Seorang warga emas berusia 70 tahun ditemui dalam keadaan bogel bersama seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam oleh penduduk kampung di sebuah belukar di daerah ini, petang kelmarin.

Penduduk tersebut memberitahu, dia dihubungi jirannya yang juga isteri warga emas berkenaan meminta tolong mencari suaminya di sekitar padang bola kampung berhampiran, kira-kira jam 2.15 petang.

Menurutnya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku, dia segera ke lokasi dinyatakan dan melihat motosikal suami jirannya ada di sana.

“Saya berpatah balik untuk ke rumah jiran saya itu bagi memaklumkan hal berkenaan kepadanya, tetapi saya diminta pula mencari suaminya di dalam belukar di sebelah padang itu.

“Jiran saya bimbang kerana suaminya masuk ke kawasan itu bersama seorang wanita lembam,” katanya semalam.

Jelasnya, sebagai langkah keselamatan, dia mengajak seorang rakan menemaninya ke belukar berkenaan.

Seorang penduduk kampung menunjukkan tempat berlakunya kejadian itu.

Seorang penduduk kampung menunjukkan tempat berlakunya kejadian itu.

Menurutnya, sebaik sampai di belukar itu, mereka nampak warga emas dan wanita lembam tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang dan suami jirannya itu sempat membuang objek dipercayai kondom.

“Saya kemudian menyuruh mereka memakai baju dan membawa wanita lembam itu keluar dari belukar berkenaan,” katanya.

Penduduk berkenaan berkata, wanita lembam itu yang dalam ketakutan menjerit memarahi warga emas tersebut dan mendakwa dia sering mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Tambahnya lagi, jirannya turut memberitahu pernah menangkap warga emas dan wanita lembam itu dalam stor rumah mereka dan menasihati suaminya supaya meninggalkan perbuatan terkutuk tersebut, namun tidak diendahkan sebaliknya dia dipukul lelaki itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan satu tangkapan telah dibuat, petang kelmarin.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mangsa juga telah dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.-sh

Cubaan lelaki meragut tidak kesampaian, cedera dibelasah orang ramai

$
0
0
Peragut berjaya dicekup oleh orang ramai.

Peragut berjaya dicekup oleh orang ramai.

Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.

Dalam kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.

Secara tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Mangsa yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak  lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.

Kejadian berlaku di Bandar Jengka.

Kejadian berlaku di Bandar Jengka.

Lelaki yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai.

Menurut saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana diragut.

Mangsa bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri, melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata api.-sh

(KEJAM) Anak derhaka pijak bapa sampai mati

$
0
0
Bapa suspek meninggal dunia selepas dipijak secra kejam oleh anak sendiri.

Bapa suspek meninggal dunia selepas dipukul dan  dipijak secara kejam oleh anak sendiri. (gambar hiasan)

Berang selepas mendakwa isterinya disembunyikan ahli keluarga, seorang lelaki bertindak kejam apabila bukan saja memukul, malah memijak bertubi-tubi perut dan dada bapanya sehingga mati dalam kejadian di kedai runcit Kampung Tutuwoon, Pitas, di Sabah dekat sini.

Mangsa, Oding Lumping, 84, dari Kampung Mandamai, Pitas, meninggal dunia di Hospital Pitas kira-kira jam 10.30 pagi, kelmarin, akibat pendarahan teruk dalam perut selain patah tulang rusuk akibat tindakan kejam anaknya.
Difahamkan, kira-kira jam 11.45 malam Jumaat lalu, anak mangsa berusia 40 tahun tiba-tiba mengamuk menendang pintu kedai milik keluarganya sehingga pecah ketika mangsa bersama isterinya tidur.

Sumber berkata, selepas itu, mangsa bersama isterinya Iyong Malong, 61, terjaga sebelum suspek meminta parang daripada bapanya kerana mahu mencederakan isterinya yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu.
“Suspek yang tidak puas hati tidak diberikan parang kemudian mengamuk dan bertindak memukul ibunya di bahagian kepala serta mencekik wanita itu.
“Selepas itu, suspek memukul bapanya sehingga mangsa terjatuh sebelum memijak berulang kali di bahagian perut warga emas itu sebelum beredar.

 

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pitas.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pitas Sabah dan meninggal di situ.

“Mangsa bersama isterinya kemudian bersembunyi di dalam semak di belakang rumah sebelum meminta bantuan penduduk kampung.
“Mangsa dan isterinya dibawa ke hospital pada kira-kira jam 6 pagi, semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

Sumber berkata, ketika menerima rawatan di Hospital Pitas, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi.
“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan, manakala isterinya cedera ringan di bahagian kepala dan leher,” katanya.
Menurutnya, isteri mangsa memberitahu anak mereka itu pesakit mental dan pernah menjalani rawatan di Hospital Mesra Bukit Padang dan kini mengusahakan kedai runcit di Pekan Pitas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 11 pagi kelmarin dan memberkas suspek pada jam 1.30 tengah hari, pada hari yang sama.
“Suspek ditahan di sekitar Kampung Tutuwoon oleh anggota dari Balai Polis Pitas dan kini direman selama tujuh hari.
“Punca kematian mangsa dipercayai akibat kecederaan teruk bahagian saluran buah pinggang serta patah tulang rusuk kanan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, punca kejadian dipercayai bermula apabila isteri suspek menghilangkan diri sejak seminggu lalu dan suspek mengesyaki ahli keluarganya turut terbabit menyembunyikan wanita itu.-hm

Kerana tiada MyKad, murid tahun enam nekad cuba bunuh diri

$
0
0
Mahalachime menujukkan sijil kelahiran miliknya.

Mahalachime menujukkan sijil kelahiran miliknya.

Akibat tertekan dengan cemuhan rakan-rakan berhubung kegagalannya mendapat MyKad sejak dua bulan lalu, S Mahalachime, 12, nekad cuba membunuh diri dengan meminum cecair peluntur di rumahnya di Jelapang, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Mahalachime tertekan kerana diejek beberapa rakannya yang memperlekehkan kegagalannya mendapat MyKad kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak mahu menyiasat terlebih dahulu berikutan warna kulitnya tidak sama dengan ibu bapa.

Mahalachime bagaimanapun sempat diselamatkan ibunya dan dikejarkan ke Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB) di sini, kira-kira jam 7.30 malam untuk rawatan kecemasan.

Isu S Mahalachime jadi perhatian media.

Isu S Mahalachime jadi perhatian media.

Menurut ibunya, V Kamalla, 60, tindakan drastik anaknya itu dipercayai berpunca akibat tekanan perasaan berikutan ada pihak mempersendakan isu permohonan MyKad, terutama selepas ia mendapat liputan pihak media, Khamis lalu. “Sebelum kejadian, Mahalachime ada beritahu diejek rakan ketika membeli barang di kedai runcit berhampiran. Namun saya tidak sangka hal itu menyebabkan dia sanggup meminum cecair peluntur kira-kira 15 minit selepas tiba di rumah,” katanya ketika ditemui di HRPB di sini, semalam.

Kamalla berkata, mereka sekeluarga kini tertekan sejak permohonan MyKad anaknya ditolak JPN, malah ia dijadikan bahan ketawa oleh sesetengah individu.

“Tindakan JPN itu menyebabkan kami sekeluarga kucar-kacir dan mengganggu fikiran Mahalachime,” katanya.

Menurutnya, rawatan lanjut masih dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti jika berlakunya kerosakan organ dalaman akibat cecair berkenaan. “Dia kini dalam keadaan stabil, namun doktor masih meneliti jika ada kesan luka di dalam badannya. Selain itu, laporan polis berhubung kejadian itu juga sudah dibuat di balai polis berhampiran,” katanya.

Berita Khamis lalu, melaporkan kerana perbezaan warna kulit dengan ibunya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu gagal mendapatkan MyKad daripada JPN Perak apabila permohonannya ditolak sejak dua bulan lalu, kerana JPN Perak mendakwa rupa dia dan ibunya tidak seiras selain turut mempunyai warna kulit berbeza.-hm

Suami curang durjana belasah isteri, hentak kepala anak

$
0
0
Mangsa jadi 'punching bag' sikap panas baran suaminya.

Mangsa jadi ‘punching bag’ sikap panas baran suaminya.

Seorang wanita patah tulang hidung manakala bayinya berusia tiga bulan kini menerima rawatan di hospital kerana dikhuatiri mengalami gegaran otak, angkara amukan seorang suami yang naik minyak selepas kecurangannya dengan wanita lain terbongkar.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Desa Jaya, Kepong kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, sebelum dua beranak terbabit dihalau keluar dari kediaman itu. Wanita berusia 33 tahun yang enggan dikenali itu berkata, kejadian bermula ketika dia mengemas rumah dan menjumpai telefon bimbit suaminya yang mengandungi mesej ayat-ayat cinta dengan seorang wanita.

Menurutnya, marah dan kecewa dengan kecurangan suami, dia segera menghubungi suaminya yang memiliki satu lagi telefon bimbit menyebabkan mereka bertengkar.

“Tidak lama kemudian suami pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah dan terus memukul serta menumbuk muka saya beberapa kali.

Mangsa telah membuat laporan di balai polis

Mangsa telah membuat laporan di balai polis Desa Jaya.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menendang dan membelasah saya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi  semalam.

Wanita itu berkata, selepas puas membelasahnya lelaki berusia 30-an itu bagaikan hilang akal apabila mengambil pula bayi perempuan mereka yang demam dan ketika itu sedang tidur.

“Suami saya memukul dan mencampak bayi kami ke sofa. Akibat dicampak kira-kira dua meter, bayi saya menangis, namun suami masih berang apabila menghalau kami berdua keluar dari rumah.

“Sebaik keluar dari rumah itu, saya terus ke hospital dan sehingga kini (semalam) anak saya masih menerima rawatan. Doktor melakukan ujian imbasan untuk mengesan jika berlaku gegaran pada otak anak dan keputusannya masih belum diterima,” katanya.

Mangsa berkata, sebelum ini sudah beberapa kali dia dipukul namun kali ini suspek bertindak lebih teruk apabila bayi perempuan mereka turut menjadi mangsa.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya dan tindakannya itu menyebabkan suaminya bertambah marah.

“Suami tahu saya membuat laporan polis kerana dia ada menghubungi dan mengugut mahu memukul saya. Katanya, apa yang berlaku adalah kesalahan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan mangsa.-hm

Pelacur warga asing dicekup di hotel

$
0
0
Warga asing ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di hotel.

Warga asing ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di hotel.

Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai salah seorang ahli kumpulan pelacur yang aktif menjalankan perkhidmatan seks secara bergerak dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam hasil risikan dan maklumat awam berhubung kegiatan pelacuran yang dipercayai bergerak aktif di beberapa buah hotel di bandar raya, di sini, sejak belakangan ini.

“Semasa serbuan di salah sebuah bilik di hotel tersebut, wanita berusia 20-an dari China itu ditahan bersama pelanggannya, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dalam keadaan berbogel dipercayai hendak melakukan hubungan seks.

“Pemeriksaan ke atas wanita terbabit mendapati pas lawatan sosial yang dimilikinya sudah tamat tempoh,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, turut dirampas dalam serbuan itu ialah beberapa peralatan seks termasuklah kondom.

Dua minggu sebelum itu, katanya, polis turut menahan seorang wanita warga Vietnam yang juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dalam satu serbuan di sebuah  hotel berasingan di bandar raya, di sini.

Warga China dan Vietnam antara ditahan dalam operasi itu.

Warga China dan Vietnam antara ditangkap dalam operasi itu.

Katanya, polis kini sudah mengenal pasti bapa ayam yang dipercayai bertanggungjawab membawa wanita berkenaan bagi menjalankan aktiviti pelacuran di sini.

“Siasatan awal mendapati, pelacur tersebut bukan daripada kumpulan sama tetapi dikawal oleh bapa ayam berlainan.

“Kini kita sudah mengenal pasti beberapa bapa ayam terlibat dan tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 372 b Kanun Keseksaan kerana Mencari Langganan bagi Maksud Persundalan serta Melakukan Perbuatan Lucah selain Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Katanya, kegiatan pelacuran di negeri ini kebanyakan menggunakan modus operandi sama iaitu menawarkan khidmat seks secara bergerak dari hotel ke hotel dan tidak hanya memfokuskan kepada satu destinasi sahaja kerana ingin mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam masa sama, Manoharan menasihatkan kepada pemilik hotel atau rumah tumpangan agar memastikan tiada aktiviti pelacuran dijalankan di premis mereka.

“Polis memang memandang serius berhubung kegiatan sebegini dan pemantauan dari masa ke masa sentiasa dilakukan, jadi orang ramai diberi amaran jangan sesekali cuba untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral di sini,” katanya.-sh


Kejam! Bayi hasil hubungan terlarang ditanam hidup-hidup

$
0
0
Bayi ditanam hidup-hidup di Miri.

Bayi ditanam hidup-hidup di Miri. (gambar hiasan)

Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.

Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.

Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.

Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Anggota polis membawa mayat bayi yang ditanam ibunya ke rumah mayat Hospital Miri untuk dibedah siasat.

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi.

Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya.

Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.-bh

Pelajar UMP lapor polis siasat akaun FB palsu ada gambar lucah dengan teman lelaki

$
0
0
Berita harian melaporkan berita gambar lucah pelajar UMP.

Berita Harian melaporkan berita gambar lucah pelajar UMP.

Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya.

Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.

Selain pernah diugut bunuh oleh bekas teman lelakinya itu, pelajar terbabit juga mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu.

Laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling.

Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu.

Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya.
Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet.

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Bekas teman lelaki mangsa telah mewujudkan akaun Facebook palsu untuk memalukannya.

Bekas teman lelaki mangsa telah mewujudkan akaun Facebook palsu untuk memalukannya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah.

Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum.

Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. -bh

Pelajar 15 tahun dirogol teman lelaki dua kali dikenali melalui Facebook

$
0
0

 

Teman lelaki datang ke rumahnya dan mengaku melakukan hubungan seks sebanyak dua kali.

Pelajar cemerlang sebuah sekolah menengah di Besut itu dikatakan dirogol sebanyak dua kali oleh kekasihnya itu yang dikenalinya baru sebulan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, suspek berusia 15 tahun yang merupakan pelatih sebuah pusat latihan kemahiran telah datang ke rumah mangsa pada jam 12 tengah malam Khamis lalu dan mereka didakwa tidur bersama.

“Mangsa dan suspek dikatakan telah melakukan seks sebanyak dua kali iaitu pada jam 1 pagi dan 6.30 pagi Jumaat di dalam bilik tidur mangsa tanpa disedari ahli keluarganya,” katanya.

Ab Rahman berkata, perbuatan suspek bagaimanapun terbongkar apabila adik perempuan mangsa yang berumur 7 tahun masuk ke dalam bilik kira-kira jam 2 petang hari sama dan ternampak ada lelaki di dalam bilik.

Remaja itu berkenalan dengan kekasih melalui laman sosial facebook.

Katanya, adik mangsa bertindak memberitahu bapa saudara mangsa yang kemudian memeriksa bilik berkenaan.

“Terkejut dengan kehadiran bapa saudara kekasihnya, suspek  yang berasal dari Besut itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh bapa saudara mangsa sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

Mangsa tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan manakala ibu bapanya bekerja di daerah lain.

Suspek ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-sh

Suami Ugut BunuhJika Tak Melacur

$
0
0

Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.

Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.

“Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.

“Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya,” katanya.

Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.

“Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan,” katanya.

PANAS!!! Ustaz Durjana Buntingkan Pelajar Sebelum Ke Mekah

$
0
0

Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali menjadikan teman wanitanya tempat melampiaskan nafsu setiap minggu datang ke ibu kota.

Paling menjijikkan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum bernagkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.

Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air itu sentiasa berulang-alik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas pengajian jarak jauh di sebuah universiti di sini.

Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa hotel bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang dikenali sebagai Sofea, 23, pelajar sebuah kolej swasta di pinggir kota.

Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis ustaz durjana itu.

Dia tidak menyangka seorang ustaz dan mengetahui pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.

“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman lelaki bergelar ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke syurga.

“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis, menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga.

Menurut Sofea, setiap kali menidurinya Ustaz Sazali berbisik ke telinganya sambil berkata; Sayang, mari ikut abang ke syurga!”

Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu, Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.

“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke syurga, rupanya melencong ke neraka!” ujarnya.

Sekembalinya dari menunaikan umrah Sofea memaklumakan keadaan dirinya sudah berbadan dua.

“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.

“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.

Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak, Selangor bagi meneruskan kehidupannya dan proses bersalin.

Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.

Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan iman dan takwa bagi mengelak terjerusmus ke lembah maksiat.

Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.

“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan solat istikharah mohon petunjuk llah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau mahu mengambil kesempatan.

“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.

Viewing all 389 articles
Browse latest View live