Quantcast
Channel: Terengganu Today » Jenayah
Viewing all 389 articles
Browse latest View live

Wanita Mati Ditikam Teman Lelaki Di Melaka

$
0
0

Seorang pekerja kafe siber ditemui mati disyaki ditikam teman lelakinya di Taman Limbongan Permai, Melaka, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Goh Meng Yee, 23, dipercayai ditikam teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan di antara mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman, berkata dipercayai suspek berusia 23 tahun itu kemudian bertindak menikam diri sendiri.

“Mangsa mati dengan kesan tikaman di perut dan satu pisau rambo turut ditemui bersebelahan mangsa.

“Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan akan ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Kes Bunuh 3 Beradik: Remaja 16 Tahun Ditahan

$
0
0

ALOR SETAR 2 Dis. – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kematian tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pelajar itu yang merupakan kenalan mangsa ditahan di rumahnya di Arau, Perlis kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

“Pelajar itu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang Sabtu lalu selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, kira-kira pukul 7.30 malam, Jumaat lalu.

Lebih memilukan, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang semalam dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar, kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Biarpun mereka ditemui mati lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh.

Menurut Adzaman, pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan pelajar terbabit dengan mangsa menerusi siasatan teliti melibatkan segenap aspek.

“Setakat ini polis sudah mengambil keterangan lebih 10 individu termasuk ahli keluarga dan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kes rogol remaja kahwin muda dibuka semula – Peguam Negara

$
0
0

Fahmi dan Fazira bercerai talak tiga pada 11 November lalu.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan kertas siasatan berhubung kes rogol beramai-ramai seorang gadis bawah umur di Kedah dibuka semula sebelum dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Berikutan itu, Abdul Gani memberikan tempoh seminggu kepada polis untuk mengemukakan hasil siasatan berhubung kes itu kepada Pejabat Peguam Negara. Menurutnya, kes itu diarahkan dibuka semula selepas ia mendapat perhatian daripada orang awam yang mengambil berat terhadap insiden berkenaan.

“Setakat ini, kita menerima kertas siasatan mengenai keterangan mangsa, bapa dan ibu saudara mangsa serta doktor, selain laporan perubatan. “Pada masa sama, polis turut diarahkan mendapatkan keterangan tambahan lain berhubung kes ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Gani berkata, sekiranya bukti tidak mencukupi, kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah.

Pasangan ini berkahwin tidak sampai setahun kerana tiada persefahaman.

Pada 17 November tahun lalu, seorang remaja perempuan menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda bersama pasangannya sekali gus mendapat perhatian daripada orang ramai. Remaja perempuan terbabit Nor Fariza Saad dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias di Masjid Kampung Padang Cina, Kulim, Kedah ketika berusia 12 dan 19 tahun.

Bagaimanapun, pada 11 November lalu pasangan terbabit dilaporkan bercerai talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, manakala satu portal berita turut melaporkan bapa Nor Fariza mendakwa anaknya dirogol dua remaja diikuti rakan mereka iaitu bakal suaminya, Mohd Fahmi empat bulan sebelum tarikh perkahwinan. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik.

Abdul Gani berkata, polis sudah mengambil tindakan terhadap kes berkenaan di mana dua daripada tiga suspek ditahan, manakala seorang lagi belum dapat dikesan. “Dua suspek dibawa ke mahkamah dan seorang daripadanya mengaku bersalah serta dihukum selama satu tahun di sekolah pemulihan akhlak. “Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya atas sebab tertentu ketika itu menarik balik kes berkenaan,” katanya.-hm

‘Majistret, Tolong Penjarakan Anak Saya’

$
0
0

Akibat mengugut bunuh ibunya dengan pisau bulan lalu, seorang pemandu katering dijatuhi hukuman penjara setahun di Mahkamah Majistret di Kota Bharu, semalam.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Fairul Rahimi, 28, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut mempertimbangkan keterangan impak mangsa iaitu ibu tertuduh yang mahu anaknya dipenjara selama setahun terhadap kesalahan berkenaan.

“Saya minta dia dipenjara setahun dan berharap dia dapat mengubah perangainya kerana sebelum ini dia beberapa kali mengugut saya dan adik beradiknya yang lain,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan daripada tarikh ditangkap pada 25 November 2013.

Mohd Fairul yang berada di kandang tertuduh hanya menundukkan wajahnya selepas mendengar keputusan mahkamah itu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fairul didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kecederaan terhadap Jarah Mohamed, 54, dengan sebilah pisau di Lot 11, Kampung Jambu, Jalan Panji di sini pada jam 1 tengah hari, 25 November 2013.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh secara tiba-tiba mengamuk dan mengancam mahu membunuh mangsa sambil mengacukan pisau.

Terdahulu, Mohd Fairul dalam rayuannya memohon hukuman ringankerana sudah insaf kesalahannya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid memohon hukuman berat terhadap tertuduh kerana mangsa adalah ibu tertuduh.

Isteri Minta Cerai, Suami Kelar Muka Isteri Dengan Pisau Lipat

$
0
0

“Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.

Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di Seremban, semalam.

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, Seremban.

Kes langgar, samun dan rogol di Dungun, tiga lelaki diburu

$
0
0
Tiga suspek kini diburu polis yang disyaki terlibat dengn kes langgar, samun dan rogol.

Tiga suspek kini diburu polis yang disyaki terlibat dengn kes langgar, samun dan rogol.

Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya.

Manoharan (dua dari kiri) menunjukkan wajah tiga suspek yang masih diburu.

“Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. “Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa,” katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama.

Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam).

“Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini,” katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan.

Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam.

“Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu.-hm

Polis Tahan Sindiket Dadah, Rampas Heroin RM1.38j

$
0
0

SHAH ALAM 4 Dis – Polis Selangor menahan 10 orang termasuk seorang wanita dan merampas 37kg dadah disyaki heroin bernilai RM1.38 juta selepas menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk memproses dadah itu di Ara Damansara pada Khamis lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, ketika serbuan itu lima lelaki sedang memproses dadah.

“Hasil siasatan lanjut, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita di sekitar Puchong, Cheras dan Sentul keesokannya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dua daripada suspek lelaki merupakan warga India manakala suspek yang lain warga tempatan, mereka berusia antara 22 dan 50 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Lima lelaki tempatan itu memiliki rekod jenayah lampau termasuk kes dadah dan kesemua suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Shukri berkata, selain dadah, polis juga merampas peralatan, bahan dan ramuan menghasilkan heroin seperti serbuk kafein, serbuk eno, pati perasa pandan, ibu heroin serta menyita wang tunai, barang kes dan kenderaan bernilai RM505,181.

Beliau berkata, sindiket dadah itu beroperasi kira-kira tiga bulan dan dadah itu adalah bagi pasaran Lembah Klang.

Mohd Shukri juga memberitahu pemberita, polis sedang memburu beberapa suspek yang terlibat dalam kes kehilangan barangan tembaga seberat 100 tan bernilai RM2.3 juta baru-baru ini di Klang.

Beliau juga mengesahkan penahanan dua anggota polis berumur 29 dan 31 tahun yang memainkan peranan sebagai ‘pemudah cara’ dalam jenayah itu pada 23 November lepas.

Ditanya perkembangan kes pembunuhan pegawai Ambank Norazita Abu Talip, beliau berkata, suspek dikenali sebagai Joemar masih belum dapat dikesan.

Kes AMBANK: ‘Joemar’ Mungkin Tukar Penampilan Elak Dikesan

$
0
0

Suspek rompakan Ambank Subang Jaya yang bersubahat dengan suspek utama kini disyaki sudah menukar imejnya dalam usahanya mengelak daripada diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata terdapat kemungkinan yang besar suspek, Joemar Omar, 29 tahun yang dipercayai bertanggungjawab merancang rompakan dan membantu suspek utama melepaskan diri sudah menukar wajahnya supaya dia sukar dikesan.

“Ketika ini, mungkin dia sudah mula memakai rambut palsu, janggut palsu atau menukar beberapa ciri pada wajahnya untuk mengelak dikenali, kami tidak mengetahui di mana dia berada, saya juga tidak mahu komen sama ada suspek masih di Malaysia atau di mana sahaja.

“Kami sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam buruan ini, kami tidak akan berputus asa dan kami yakin kami akan berjaya memberkasnya tidak lama lagi,” kata Shukri memetik laporan The Star Online.

Joemar dipercayai berasal daripada kampung yang sama dengan suspek utama La Ode Ardi Rasila, 36 tahun, bekas pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib pada hari kejadian.

Dia kemudian merompak wang dalam bilik kebal bank itu dan melarikan wang berjumlah RM450,000.

Kedua-dua disyaki merancang rompakan itu dengan Joemar menunggu di luar bank dengan kereta untuk membawa La Ode melarikan diri pada 23 Oktober lepas.

Joemar juga memiliki kad pengenalan MyKad palsu dengan nama Osman Salleh dengan nombor 840713-12-5207.


Pakaian Dalam Anak Gadis Hilang Rupanya Dicuri Jiran Sebelah

$
0
0

Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria, Kajang terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.

Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri, “katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.

Noor Syafikah Tak Pernah Jumpa Teman Lelaki, Hanya Berhubung Melalui SMS

$
0
0

Hubungan remaja lelaki 16 tahun dari Arau, Perlis, dengan mangsa bunuh, Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, menimbulkan tanda tanya kerana mangsa dikatakan tidak pernah bertemu lelaki itu.

Perkara itu diakui sendiri bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51.

Beliau yakin Noor Syafikah tidak mempunyai hubungan intim dengan remaja lelaki itu dan sekadar mengenalinya dari jauh.

Selain Mazlan, anaknya yang juga sepupu mangsa, Nor Atikah, 15, dan rakan karib Noor Syafikah, Nurul Atiqah Mohd Syukri, 11, turut mengaku tidak pernah mendengar gadis malang itu bercerita mengenai teman lelakinya.

Mazlan yang ditemui semalam berkata, sepanjang pengetahuannya, Noor Syafikah tidak pernah berkunjung ke Perlis.

“Saya tidak tahu mengenai hubungan mereka… saya cuma sedar kewujudan remaja lelaki itu selepas meneliti kandungan telefon bimbit Noor Syafikah yang ditinggalkan di rumah pada pagi Sabtu lalu, sebelum dia ditemui mati di Alor Senibong di sini.

“Saya lihat ada mesej antara mereka, tetapi saya tidak baca secara terperinci kerana ia hanya perbualan antara budak-budak saja,” katanya.

Kelmarin, polis mengesahkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun disyaki kenalan Noor Syafikah, ditahan di Arau, untuk membantu siasatan kes bunuh tiga beradik yang mayat mereka ditemui mati di dua lokasi berasingan di sini, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Suspek Curi Tabung Masjid Dibelasah Hingga Mati

$
0
0

Seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 20 tahun dikatakan cuba melawan untuk melepaskan diri, namun berjaya ditangkap.

Hasil soal siasat dilakukan penduduk, mangsa mengaku cuba mencuri wang menggunakan dawai sebelum dipukul sehingga setengah mati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian 10 minit kemudian, sepasukan anggota unit peronda polis (MPV) dikejarkan ke lokasi dan menahan mangsa selain turut merampas dawai yang dipercayai digunakan untuk mencuri.

“Sebaik tiba, polis mendapati mangsa sudah tidak berdaya dipercayai dipukul.

Pemeriksaan lanjut oleh pasukan forensik yang tiba telah menemui sebatang kayu dipercayai senjata digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang bagi rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 11 pagi hari sama akibat kecederaan parah di kepala, badan dan tangan serta kaki dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul,” katanya.

Amiruddin berkata, polis turut menahan empat penduduk terbabit terdiri daripada dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun, manakala dua lelaki warga asing berusia 19 dan 20 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berjalan Dengan Pisau Tercacak Di Leher!!

$
0
0

Bintulu: Seorang pembantu gerai menjual pakaian dipercayai sempat berjalan 20 meter untuk meminta tolong dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tercacak di lehernya sebelum dia rebah dan meninggal dunia di tapak Pesta Makanan 1Malaysia di Dataran Espalanade di sini, semalam.

Remaja lelaki berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Wan Akmal Rizan Wan Ramzi, itu ditemui terbaring tidak jauh dari gerai tempatnya bekerja berlumuran darah oleh orang ramai jam 3.40 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Deputi Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan kesan titisan darah di tempat kejadian, mangsa dipercayai sempat berjalan selepas ditikam di leher oleh penyerangnya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal di tempat mayat ditemui, besar kemungkinan mangsa ditikam di gerai tempat dia bekerja atau tidak jauh dari situ.

“Ketika ditemui orang ramai, mangsa meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah dengan sebilah pisau pemotong sayur masih tertusuk di lehernya.

“Dengan bantuan anjing pengesan, polis menjejaki tempat yang dipercayai mangsa ditikam penyerangnya berdasarkan kesan titisan darah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan tidur di gerai menjual pakaian milik majikannya bersama seorang rakan sekerja berusia 25 tahun.

“Tiada sebarang kesan pergelutan di tempat mangsa ditemui dan siasatan di khemah gerai jualan tempat dia bekerja juga tidak mempunyai kesan pergelutan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis menahan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mangsa baru saja selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Betong.

Mangsa bekerja di gerai jualan pakaian di situ sempena Pesta Makanan 1Malaysia anjuran Persatuan Penjaja Cina Bahagian Bintulu yang berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember ini.

Mayat dibawa ke Hospital Bintulu untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

Pesakit Mental Mengamuk Libas Parang Di Restoran

$
0
0

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Seorang pesakit mental cedera akibat ditembak di kaki kirinya selepas dia mengamuk dan cuba menyerang anggota polis di sebuah restoran mamak di Jalan Bangsar di sini pagi ini, selepas pesakit itu bertindak mencederakan seorang pelanggan di restoran itu.

Sebelum kejadian pada pukul 10.45 pagi itu, suspek yang dikatakan menghidap penyakit Schizophrenia telah menyerang seorang pelanggan lelaki di restoran tersebut dengan parang kecil selepas mereka bertengkar.

Suspek kemudian bertindak agresif dan dikatakan cuba menyerang orang ramai sebelum dia berjaya dikawal oleh anggota polis peronda yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut seorang saksi, suspek dan mangsa telah dilihat bertengkar di restoran berkenaan dan keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki itu ‘naik angin’ lalu memukul mangsa dengan gelas.

“Ketika kejadian, saya baru hendak membuka kedai dan masuk ke dalam restoran itu untuk membeli surat khabar. Ketika itu saya telah melihat suspek dan mangsa bertengkar, namun tidak menyangka kejadian akan menjadi seteruk ini.

“Apabila melihat suspek mula menyerang mangsa, saya yang kebetulan berada berdekatan terus mengheret mangsa yang berlumuran darah keluar dari restoran itu dan membawanya ke klinik bersebelahan untuk dirawat,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Katanya, ketika di klinik itu, dia terserempak dengan seorang anggota polis dan terus meminta bantuan.

“Selepas itu, saya lihat satu kereta peronda datang dan cuba mengawal keadaan tetapi suspek bertindak semakin agresif dan cuba menyerang anggota polis pula,” katanya.

Seorang lagi saksi, Douglas Nathan, berkata, pelanggan di dalam kedai itu bertempiaran lari apabila suspek mengeluarkan parang dan menetak mangsa.

“Suspek serta mangsa merupakan pelanggan tetap di restoran itu dan mereka juga mengenali antara satu sama lain. Sebenarnya mereka sememangnya selalu bertengkar, namun tidaklah seteruk hari ini.

“Selepas suspek menyerang mangsa, saya lihat dia menaiki motosikalnya dengan memegang parang, namun dia kemudian ditahan beberapa anggota polis. Seorang daripada anggota polis itu kemudian meminta dia menyerahkan senjata terbabit serta memberi amaran kepadanya.

“Beberapa kali saya lihat polis itu memintanya supaya bertenang, namun suspek tidak mengendahkan permintaan polis itu, sebaliknya dia terus meluru ke arah polis itu dan cuba menyerangnya. Selepas itu saya mendengar bunyi satu das tembakan,” katanya.

Jelas Douglas, suspek tidak rebah sebaliknya berjalan terhincut-hincut dan masuk semula ke dalam restoran itu.

“Dia duduk di atas satu kerusi sehinggalah abangnya yang tinggal di rumah flat berhampiran datang dan berjaya menenangkannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Mohd. Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan polis telah melepaskan satu das tembakan kerana suspek bertindak agresif dan cuba menyerang anggota polis.

“Tembakan itu mengenai kaki kiri suspek. Sebelum itu suspek telah menetak seorang pelanggan restoran itu dan mengenai bahu serta bibir pelanggan itu,” katanya.

Kata beliau, mangsa dan suspek yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 307 kanun yang sama iaitu cubaan membunuh.

15 Gambar tiga Lamborghini hangus terbakar terlibat kemalangan

$
0
0

Tiga buah Lamborghini terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya PLUS di Seremban.

Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.-sh

Ahli bomba membantu memadam kebakaran pada kereta Lamborghini itu.

Tiga sportcar bersedia untuk dialihkan.

Kereta Lamborghini yang bernilai jutaan ringgit hangus dalam sekelip mata.

(17 Gambar) Tiga maut kemalangan membabitkan enam kenderaan

$
0
0

Keadaan bas dan lori tangki serta Myvi selepas perlanggaran di Lebuh Raya PLUS berhampiran Senawang.

Tiga termasuk seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Km244.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke selatan semalam.

Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, pemandu bas persiaran warga Singapura Ahmad Zaki Kassim, 33, dan Rasidah Abdul Latip, 30, yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak Rasidah yang berusia 10 bulan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Sementara suami Rasidah, Khairul Nazri Yusof, 34, dan seorang penunggang motosikal berusia lingkungan 30-an cedera parah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Jurucakap polis berkata kejadian berlaku apabila sebuah lori tangki yang dalam perjalanan dari Seremban menuju selatan dipercayai hilang kawalan dan berpusing.

Seorang mangsa kemalangan yang tersepit.

Ahli bomba cuba mengeluarkan mangsa nahas.

Sebuah motosikal terperosok di bawah lori.

Katanya akibat itu lori berkenaan kemudian merempuh kereta Myvi yang dinaiki Rasidah bersama suami dan anak mereka serta dan sebuah teksi.

“Kereta Myvi yang dipandu Khairul Nazri terperosok di belakang lori tangki itu sebelum dirempuh pula teksi berkenaan,” katanya di lokasi kejadian.

Jurucakap itu berkata tiga kenderaan lain iaitu sebuah lori seberat 16 tan, sebuah bas persiaran dan sebuah motosikal yang mengekori dari belakang turut merempuh lori tangki itu.

“Bas persiaran yang tidak berpenumpang itu yang dipandu Ahmad Zaki melanggar bahagian badan lori tangki berkenaan sebelum lori lain yang membawa bahan binaan dan sebuah motosikal turut melanggarnya,” katanya.

Katanya pemandu dan penumpang kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

Pegawai Turus Trafik Negeri Asisten Komisioner Abd Halil Hamzah mengesahkan kejadian itu dan berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Orang ramai melihat keadaan kereta yang remuk teruk selepas bertembung dengan lori.

Perodua Myvi yang hancur dihimpit lori.

Jururawat memberi bantuan kepada mangsa.


Fifi Athirah Mangsa Gangguan Seksual Bangla Penghantar Gas

$
0
0

Kisah mengenai seorang wanita yang mendakwa diganggu oleh pekerja asing yang menghantar tong gas ke rumahnya telah tersebar secara viral di laman sosial.

Kisah ini ternyata benar dan menggemparkan negara apabila lelaki Bangladesh tersebut sanggup mengambil kesempatan terhadap seorang wanita yang ketika itu duduk bersendirian.

Semuanya bermula apabila mangsa telah membuat panggilan untuk perkhidmatan menghantar tong gas memasak ke rumah.

Namun, seorang pekerja yang dipercayai warga Bangla telah datang ke rumah untuk menukar tong gas. Lelaki Bangla tersebut sempat mengambil kesempatan dengan meminta untuk melakukan perkara yang tidak senonoh bersamanya. Ikuti perbualan di bawah:

Petikan Dari Laman Sosial Facebook Fifi Athirah

Sumber Facebook Mangsa (Fifi Athirah) : https://www.facebook.com/princess.fifi.athira?fref=ts

Penjelasan Mangsa Yang Dikenali Sebagai Fifi Athirah

Insiden yang berlaku pada 3 Disember 2013 adalah benar dan kejadian itu telah dilaporkan kepada pihak polis. Pihak polis dengan kerjasama Petronas mengambil berat tentang isu terbabit. Mangsa juga mengakui bahawa dia masih belum berkahwin namun terpaksa mengaku telah bersuami untuk mengelakkan dirinya diganggu oleh lelaki warga Bangla terbabit. Menurut mangsa lagi, ayat yang menunjukkan dirinya sudah berkahwin hanya sebagai perlindungan supaya lelaki warga asing tersebut lebih menghormatinya. Mangsa juga tiada niat untuk menimbulkan provokasi mahupun bersikap perkauman, namun ianya hanya memberi kesedaran mengenai isu yang ditimbulkan oleh warga asing yang kini semakin berani melakukan tindakan tidak sopan terhadap golongan wanita- Kata Fifi Athirah menerusi laman sosial Facebook

Remaja dicabul ‘ustaz’ ketika berubat

$
0
0

Remaja dakwa dicabul oleh ustaz ketika berubat. (gambar hiasan)

Seorang remaja perempuan yang mengadu sakit perut tidak menyangka tindakannya untuk berubat dengan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ di Taman Pertama di sini malam tadi berakhir dengan dirinya menjadi mangsa cabul ustaz tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia 15 tahun bersama bapanya yang bekerja buruh telah pergi ke rumah ustaz tersebut.

Bapa mangsa kemudian di arah untuk berbaring di ruang tamu dan menutup lampu.

Kata beliau, ustaz itu kemudian telah memberitahu bapa mangsa bahawa ‘hantu’ yang ada pada badan lelaki itu telah ‘berpindah’ ke badan anak gadisnya dan mengarahkan mangsa untuk berbaring di ruang tamu dengan ditutup sehelai kain.

“Ustaz itu kemudian mengarahkan bapa mangsa duduk di atas kerusi dan tidak lama kemudian lelaki itu tertidur kira-kira 20 minit.

“Sebaik terjaga, lelaki itu terkejut melihat ustaz sedang meraba anak gadisnya dan dia bertindak memohon diri untuk pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan untuk tindakan lanjut. -kosmo

(GAMBAR) Lagi Pencuri Tabung Masjid Parah Dibelasah

$
0
0

KUANTAN – Seorang pemuda parah sehingga tidak sedarkan diri selepas dibelasah sekumpulan penduduk apabila didakwa memecah masuk untuk mencuri wang tabung masjid di Kampung Padang dekat sini semalam.

Perbuatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan seorang rakannya itu disedari oleh penduduk selepas alat penggera keselamatan yang dipasang di pintu masjid berkenaan berbunyi pada pukul 1 pagi.

Ketika kejadian, rakan pemuda itu dapat melarikan diri dengan motosikal manakala dia yang tidak sempat berbuat demikian telah dibelasah di kawasan perumahan di Taman Padang Jaya, 200 meter dari lokasi kejadian.

Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Di Tepi Longkang

$
0
0

Seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , Ipoh pagi tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dibuang di tepi longkang di sebuah kawasan rumah kedai sebelum dijumpai oleh orang awam.

Bayi itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.

Tiga sahabat berdepan tuduhan cabul remaja 13 tahun

$
0
0

Ketiga-tiga sahabat ini dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan satu, dua tahun lalu.

Tiga sahabat yang juga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam, atas tuduhan mencabul seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu, kira-kira dua tahun lalu.

Kesemua tertuduh berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dibacakan.

Namun, hanya tertuduh pertama mengaku bersalah manakala dua lagi rakannya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Mereka didakwa bersama-sama mencabul mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun kira-kira jam 11.30 pagi, 30 Jun 2011.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan mereka direkodkan, Rozianti menetapkan 31 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan ketiga-tiga mereka diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor L Rathna.-sh

Viewing all 389 articles
Browse latest View live